Bengkel |
Pemasaran Home Stay menggunakan platform Facebook |
Tarikh |
19.02.2024 |
Masa |
10.00 am - 12.30 pm |
Peserta |
Usahawan |
Lokasi |
Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Pemasaran viral adalah apabila anda membuat satu iklan atau kempen viral untuk menjadikannya hit besar di internet mahupun media sosial dan mempengaruhi pelanggan anda.
Dengan Facebook Ads, ia bukan sahaja diterima oleh target audiens anda sahaja malah, ia akan tersebar secara viral di semua tempat. Sebagai contoh, anda mempromosikan produk anda kepada 20 orang, tetapi 200 orang yang lain juga akan dapat tahu mengenai produk anda hasil orang ramai tekan butang share, like, comment yang terdapat pada Facebook.
Mereka yang berminat kepada iklan anda mempunyai kebarangkalian untuk berkongsi iklan tersebut pada akaun Facebook miliknya. Perkara inilah yang menyebabkan iklan anda diketahui oleh ramai pengguna Facebook yang lain.