TAMAN HERBA
Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.
http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId2e0791b407
Sumber : http://www.mdbg.gov.my/web/guest/taman-herba-negeri-perak
ISTANA KELLIE'S
Jika ke negeri Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India, Istana Kellie juga dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya.Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId513135e09e
Sumber : http://www.ipoh-city.com/attraction/Kellies_Castle
LUBUK TIMAH HOT SPRING
Lokasi : Lubuk Timah, Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Coordinate: N4 33.603 E101 09.769 (Air Panas )
Coordinate: N4 33.498 E101 09.894 (Air Terjun)
Lubuk Timah mempunyai keunikan kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.
Air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). Kalau musim air yang banyak, air akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.Mengikut cerita, empangan ini dibina di sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. Pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timah pada waktu tersebut. Empangan setinggi ± 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir. Di atas sana juga terdapat dusun dan ladang kelapa sawit milik penduduk tempatan. Ia menjadi lokasi percutian penduduk tempatan dan orang ramai terutama pada waktu cuti.Terdapat kemudahan asas disediakan seperti tandas, surau dan bangku tempat rehat. Untuk masuk ke kawasan ini akan dikenakan caj sebanyak RM2.00 (kereta) oleh penduduk yang menyelenggara kawasan ini. Berhampiran kawasan ini kita akan jumpa kolam air panasnya dahulu.Untuk ke kawasan air terjun, terpaksa berjalan atau berkereta sejauh 100 meter. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjalan kaki ke kawasan air terjun, tetapi tidak ada masalah sekiranya anda mempunyai kemahiran memandu dan mempunyai kenderaan pacuan 4 roda.
http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId978be7444b
Sumber : http://www.pusatrekreasilubuktimah.com