KEUSAHAWANAN YANG BERHAMPIRAN DI PUSAT INTERNET  KAMPUNG PENGKALAN BARU

 

 

 

1.KILANG TEMBIKAR  HING LOONG

Kilang ini telah diasaskan oleh Chan Lin Pheng, yang berasal dari Ipoh Jaya namun telah memilih untuk mengusahakan kilang tembikar ini di kawasan  Pengkalan Baru. Kilang tersebut telah beroperasi selama hampir 23 tahun selepas ia mula beroperasi pada tahun 1992. Apa yang menariknya mengenai perniagaan ini ialah jumlahnya yang sedikit iaitu sebanyak kurang daripada 10 jenis perniagaan tembikar yang terdapat di Malaysia.

Chan Lin Pheng telah mengusahakan perniagaan pembuatan pasu bunga dan juga longkang. Namun begitu, fokus utama perniagaan beliau adalah longkang manakala lebihan tanah liat akan  digunakan untuk menghasilkan pasu bunga. Untuk melengkapkan lagi perniagaan, beliau turut menjual pokok-pokok bunga dalam pelbagai warna secara kecil-kecilan.

Beralih kepada pembuatan longkang yang merupakan perniagaan utama beliau, longkang tersebut dihasilkan dengan menggunakan tanah liat dan dibakar selama 24 jam tanpa henti. Biasanya permintaan terhadap longkang banyak dibuat sekiranya terdapat pembinaan kawasan perumahan baru dan sebagainya. 

 

 

2.KOLAM PANCING ATOK

Kolam pancing atok telah di usahakan oleh Meor Mazlan B Saidin, 35 sejak tahun 2006 sehingga kini. Pada awal penglibatan beliau dalam bidang ini, beliau telah menjadikan kolam tersebut sebagai tempat penternakkan ikan air tawar.  Ikan-ikan yang diternak tersebut kemudiannya di jual serta beliau juga turut menjual anak benih ikan tersebut kepada usahawan penternakkan ikan tempatan.4 tahun selepas beliau menternak ikan air tawar, beliau cuba menghasilkan sesuatu yang baru iaitu dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai kolam pancing yang di kenali sebagai kolam pancing ATOK. Walaupun telah beroperasi sebagai kolam pancing namun aktiviti menternak ikan masih juga giat di usahakan dengan mendapatkan benih ikan  dari penternak luar dan  dari kawasan terdekat seperti di  Siputeh, Tronoh, Malim Nawar, Kg Gajah dan sebagainya. Kolam pancing atok beroperasi selama 24 jam  dan di buka setiap hari,Menurut beliau, pengunjung-pengunjung kolam pancing atok  bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan malah datang dari pelbagai negeri lain seperti Johor, Kedah dan sebagainya. Malah jumlah pengunjung akan bertambah sekiranya ada pertandingan memancing yang di anjurkan.Kepada sesiapa yang berminat untuk mengunjungi Kolam Pancing Atok a tau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kolam pancing tersebut boleh melayari facebook lan kolam atok atau wechat lan_atok.