KISAH KEJAYAAN (CELIK ICT)
http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeIdde2af696cb
Nama |
Nur Syafiah Umairah Bt Redzuan |
Umur |
9 Tahun |
|
- |
No. Telefon |
012-5417386 |
Alamat |
No 25, Laluan Raia Mesra 9, Taman Raia Mesra, 31300 Kg Kepayang, Perak |
Tahun menjadi Ahli PI1M |
16/2/2019 |
Latar belakang
Adik Umairah mengikuti kelas ICT asas Microsoft office pada bulan Mac 2019 selepas mendaftar keahlian di PI Kg Pengkalan Baru pada 16 Februari 2019. Adik Umaiah mengikuti kelas komputer di disini selepas ibunya sendiri yang mengesyorkan anaknya supaya mendapatkan ilmu ICT di sini selepas beliau sendiri yang mengikuti kelas-kelas komputer di PI Kg Pengkalan Baru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan di dalam kelas ICT di Pusat Internet, Adik Umairah tidak mempunyai ilmu asas komputer kerana subjek literasi komputer di sekolah yang terhad untuk pelajar tahap 2 sahaja. Malahan, dirumah beliau sendiri juga tidak mempunyai komputer menyebabkan beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini. Oleh itu ibu beliau telah mengambil inisiatif untuk menghantar adik humairah menyertai kelas computer di Pusat Internet untuk memudahkan Adik Humairah mengikuti kelas asas ICt disini untuk kemudahan beliau dikemudian hari memandangkan penggunaan computer adalah sangat diperlukan pada zaman sekarang untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Di PI Kg Pengkalan Baru, adik Humairah telah mengikuti kelas Asas Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel, Publisher) serta kelas pengenalan kepada internet. Menerusi kelas pengenalan kepada internet, adik Humairah telah belajar untuk menggunakan internet mencari bahan-bahan informasi berkaitan subjek yang dipelajari di sekolah. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu adik Humairah menambahkan ilmu pengetahuan melalui internet selain mendapatkan ilmu menerusi guru dan buku di sekolah. Kemahiran penggunaan computer adik Humairah semakin mahir selepas mengikuti kelas latihan ICT di Pusat Internet selama 4 bulan. Beliau tidak lagi kekok menggunakan computer malah beliau juga mampu menyiapkan latihan yang diberikan oleh petugas dengan tepat dan segera.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Mempelajari Microsoft Word, Powerpoint dan Excel
- Membuat akaun gmail
- Menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI1M memberikan tugasan setiap kali selepas sesi pembelajaran
- Pi1M sentiasa membantu ketika memerlukan bantuan mengenai ICT