Bengkel |
Program Ai For Business |
Tarikh |
25.02.2024 |
Masa |
08.45 am - 12.30 pm |
Peserta |
Usahawan |
Lokasi |
Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) amat popular ketika ini.Ia berpotensi besar dalam mengautomasikan operasi dan kerja yang sifatnya berulang-ulang.
Penggunaan teknologi AI amat penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia.Teknologi kecerdasan buatan amerupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.
Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu 'belajar' untuk menjadi pintar.
Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.
Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.