Bengkel  

Program Kesedaran Komuniti POSTAL FORUM

Tarikh

24.06.2023 

Masa

10.00 am - 12.00 pm

Peserta

Keusahawanan

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Program ini, seperti yang sebelumnya, adalah salah satu usaha Postal Forum, yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai topik yang berkaitan pengguna dan perkhidmatan pos dan kurier, serta memperkenalkan Postal Forum dan fungsinya.
 
Pengenalan program telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Postal Forum, Puan Rafidah Ismail, diikuti oleh slot taklimat kesedaran daripada wakil POS Malaysia Berhad Cawangan Perak yang telah memberi perkongsian berkenaan kepentingan pelabelan & pembungkusan yang selamat sebelum pengeposan, serta inisatif perkhidmatan MyUbat yang menawarkan perkhidmatan bekalan ubat susulan daripada klinik/ hospital kerajaan melalui PosLaju Malaysia.
 
Penutupan program adalah slot keusahawanan yang dibawakan khas oleh PEDi iaitu bengkel membuat sabun dimana peserta mempelajari asas membuat produk penjagaan kulit semulajadi.
Postal Forum merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah menyumbang kepada program kali ini. Kami percaya bahawa program ini berpotensi untuk memberi sedikit sebanyak ilmu kesedaran mengenai industri pos dan kurier kepada komuniti setempat.
 

Gambar Disini

Bengkel  

Program Keusahawanan : Asas Pembuatan Sabun

Tarikh

17.06.2023 

Masa

10.00 am - 12.00 pm

Peserta

Keusahawanan

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Bengkel Keusahawanan Asas Pembuatan Sabun yang bertempat  PEDi Kg Pengkalan Baru.Peserta adalah terdiri daripada golongan surirumah dan usahawan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan lagi peranan PEDi Kg Pengkalan Baru kepada para peserta disamping dapat meningkatkan lagi pengetahuan peserta berkenaan bengkel yang mereka hadiri.

Gambar Disini

Bengkel  

Sembang santai bersama Pelajar Universiti Malaya

Tarikh

03.06.2023 

Masa

10.00 am - 12.00 pm

Peserta

Pelajar  

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Program sembang santai bersama Universiti Malaya (UM),  yang diadakan di PEDi Kg Pengkalan Baru.Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mendengar sendiri nasihat dan berkongsi pengalaman semasa menetap dan belajar di Universiti Malaya . Sesi perjumpaan seperti ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk skor akademik serta menjadi pelajar cemerlang pada masa akan datang.

Gambar Disini

Bengkel  

Taklimat POSTAL FORUM &  Taklimat POS MALAYSIA

Tarikh

10.06.2023 

Masa

10.00 am - 12.00 pm

Peserta

Usahawan 

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendidik para usahawan yang sedia ada mahupun usahawan baru bagi menambah ilmu pengetahuan mereka mahupun golongan komuniti yang ingin menceburi dalam bidang keusahawanan digital.

  • Peserta didedahkan dengan ilmu Asas Keusahawanan Digital terkini yang hanya menggunakan telefon pintar untuk membuat pemasaran (di atas talian)

  • Melahirkan usahawan yang celik dan mahir dalam bidang teknologi serta sesuai dengan perubahan masa teknologi yang terkini dan gaya hidup serba moden.

Postal Forum seterusnya perkongsian ilmu berkaitan kertas kerja syarikat bagi usahawan yang setia sehingga tamat program.

 

Gambar Disini

Bengkel  

KafeTeen@PEDi Kg Pengkalan Baru

Tarikh

29.05.2023 

Masa

10.00 am - 12.00 pm

Peserta

Komuniti Setempat 

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Kafe@TEEN, dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).KafeTEEN adalah sebagai pusat peneraju penyebaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di Malaysia.

1.   Membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin
2.   Memperkasa remaja melalui bimbingan dan pendidikan
3.   Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja
4.   Memberi peluang untuk remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru

 

Gambar Disini