Bengkel |
Hari Bersama Komuniti |
Tarikh |
09 Oktober 2022 |
Masa |
08.00 am - 02.00 pm |
Peserta |
Komuniti |
Lokasi |
PEDi Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 |
Tujuan
Hari Bersama Komuniti, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diadakan pada 09 Oktober 2022 di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini telah mengaktifkan sebanyak 600 PEDi di seluruh negara sebagai One Stop Centre (OSC). Program ini membantu usahawan mikro tempatan mengadaptasi teknologi digital dan memperkasa perniagaan mereka melalui inisiatif Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).
Antara peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti dalam menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Ia dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat dan dapat memudahkan segala urusan harian dengan pantas dan menjimatkan kos serta masa.
Bengkel |
MIV Bersama Komuniti |
Tarikh |
08 Oktober 2022 |
Masa |
08.00 am - 06.00 pm |
Peserta |
Komuniti |
Lokasi |
Symphony Suites Hotel |
Tujuan
MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial.
Melalui program MIV, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp.
Antara khidmat lain yang diberikan oleh sukarelawan MIV adalah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu pengusaha tempatan memasarkan produk, mendidik pengunaan ICT secara berhemah, dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej-mesej advokasi MCMC.
Bengkel |
Program Klik Dengan Bijak : Pengurusan Risiko Dalam Talian |
Tarikh |
16 April 2022 |
Masa |
09.00 am - 04.30 pm |
Peserta |
Terbuka Kepada Komuniti |
Lokasi |
Zoom Meeting |
Tujuan
Anjuran Bersama : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) & Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM & DigitalRACe, Universiti Malaya Living Lab
Bengkel |
Asas Solekan |
Tarikh |
04 Oktober 2022 |
Masa |
03.00 pm - 05.30 pm |
Peserta |
Wanita |
Lokasi |
PEDi Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Bengkel Asas Kecantikan tidak dapat dipisahkan dengan golongan wanita. Mengambil peluang tersebut, kami pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Pengkalan Baru berkolaborasi bersama AVON dengan mengadakan satu bengkel kecantikan untuk golongan belia wanita di sekitar sini untuk menyertai program yang dijalankan.
Bengkel |
Sembang Santai bersama Kafeteen "Cinta VS Maruah" |
Tarikh |
26 Mac 2022 |
Masa |
11.00 am - 12.30 pm |
Peserta |
Terbuka Kepada Komuniti |
Lokasi |
Google Meet |
Tujuan