http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/46-makanan#sigFreeIdbe49f43fdf
http://kgpengkalanbaru.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/46-makanan#sigFreeIdf3dfc9bbfa
Warung milik Puan Hazura, 45 ini merupakan perniagaan keluarga yang telah beroperasi selama lebih 29 tahun iaitu pada tahun 1986, yang di uruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga beliau. Menurut beliau, pada peringkat awal perniagaan tersebut beliau hanya berniaga kecil- kecilan dengan menjual kuih-muih dan semperit yang dihasilkan di rumah dan kemudiannya di hantar ke kedai-kedai.
Namun begitu perniagaan beliau berkembang sedikit demi sedikit sehingga menjadi warung yang masih mengekalkan jualan utamanya iaitu kuih-muih, laksa, mee kari serta membuat bisnes sampingan iaitu katering. Katering biasanya hanya beroperasi apabila mendapat tempahan daripada para pelanggan.
Warung ini beroperasi dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam pada setiap hari dari isnin hingga ahad.
Menurut Puan Hazura, antara kuih-muih yang dijual di warung beliau yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan adalah “kuih Bantal” yang sering mendapat tempahan terutamanya daripada pelanggan yang jauh.