Bengkel  

Program Ai For Business

Tarikh

25.02.2024  

Masa

08.45 am - 12.30 pm

Peserta

Usahawan

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) amat popular ketika ini.Ia berpotensi besar dalam mengautomasikan operasi dan kerja yang sifatnya berulang-ulang.

Penggunaan teknologi AI amat penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia.Teknologi kecerdasan buatan amerupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.
Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu 'belajar' untuk menjadi pintar.

Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.
Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Gambar Disini

Bengkel  

Microsoft Word - Cipta Resume

Tarikh

24.02.2024  

Masa

10.00 am - 12.30 pm

Peserta

Komuniti 

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Secara peribadi, resume yang disesuaikan adalah lebih menarik dan menunjukkan anda sebagai seorang individu yang teliti dalam membuat kerja dan meneliti iklan kerja tersebut.

Secara ringkasnya Microsoft Word memiliki beberapa ciri yang membuatkan ia sesuai sebagai medium untuk menyediakan dokumen resume ini. Antaranya adalah;Dimiliki kebanyakan komputer, mudah diakses dan dikemaskini

Boleh menukar format .doc kepada .pdf (kemas dan data sukar disalahguna)
‘Table’ atau jadual yang garisannya boleh disembunyikan supaya susunan ayat didalam setiap baris jadual tersebut kelihatan kemasTulisan tebal (bold) sebagai tajuk seperti Pengalaman atau Pendidikan
Poin bernombor (numbered list) atau tanpa nombor (bullet list) sebagai turutan isi
Kebanyakan syarikat menerima berpuluh malah beratus-ratus resume melalui laman sesawang, mel elektronik dan juga melalui surat.Oleh itu, amat penting memiliki resume yang ringkas, maklumat jelas dan menarik di mata majikan.

Gambar Disini

Bengkel  

Pemasaran Home Stay menggunakan platform Facebook

Tarikh

19.02.2024  

Masa

10.00 am - 12.30 pm

Peserta

Usahawan

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

 

Pemasaran viral adalah apabila anda membuat satu iklan atau kempen viral untuk menjadikannya hit besar di internet mahupun media sosial dan mempengaruhi pelanggan anda.

 

Dengan Facebook Ads, ia bukan sahaja diterima oleh target audiens anda sahaja malah, ia akan tersebar secara viral di semua tempat. Sebagai contoh, anda mempromosikan produk anda kepada 20 orang, tetapi 200 orang yang lain juga akan dapat tahu mengenai produk anda hasil orang ramai tekan butang share, like, comment yang terdapat pada Facebook.

 

Mereka yang berminat kepada iklan anda mempunyai kebarangkalian untuk berkongsi iklan tersebut pada akaun Facebook miliknya. Perkara inilah yang menyebabkan iklan anda diketahui oleh ramai pengguna Facebook yang lain.

 

Gambar Disini

Bengkel  

Unifi Business Bersama Usahawan PEDi Kg Pengkalan Baru

Tarikh

21.02.2024  

Masa

03.00 Pm - 05.30 pm

Peserta

Usahawan

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Unifi eCommerce Hub – Membantu Perniagaan Menjadi Lebih Sistematik
Menguruskan perniagaan kadang kala boleh menjadi satu perkara yang merunsingkan, lebih-lebih lagi apabila sistem pengurusan perniagaan tidak sistematik. Melalui penawaran Unifi eCommerce Hub, ia membolehkan anda untuk memaksimakan peluang pertumbuhan perniagaan dengan lebih lancar, merangkumi pelbagai aspek pengurusan sistematik termasuk khidmat pelanggan.Unifi eCommerce Hub merupakan sebuah pusat sehenti untuk anda menguruskan semua data dan maklumat perniagaan e-dagang seperti inventori, maklumat pelanggan dan sebagainya melalui sistem Point of Sales (POS). Selain menguruskan data, ia juga menawarkan perkhidmatan untuk menghasilkan laman web dengan mudah yang dilengkapi dengan ciri live chat, pembayaran atas talian dan juga sistem untuk memproses penghantaran.

Gambar Disini

Bengkel  

e-Madani menggunakan aplikasi Shopee Pay

Tarikh

17.02.2024  

Masa

10.00 am - 12.30 pm

Peserta

Komuniti 

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru 


Tujuan

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia*, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Gambar Disini